2017年4月17日NBA季后赛G1 勇士vs开拓者 视频集锦
Rio de Janeiro | |
![]() |
|
![]() |
|
Koordinat: 22°54′30″S 43°11′47″W / 22.90833°S 43.19639°W | |
---|---|
Negara | Brazil |
Bahagian | Tenggara |
Negeri | Rio de Janeiro |
Kerajaan | |
- Datuk bandar | Marcelo Crivella (PRB) |
Kepadatan (2005)[1][2] | |
- Bandar | 5,613,000 |
- Metro | 12,620,000 |
Zon masa | Brazil (UTC-3) |
- Musim panas (DST) | +1 (UTC-2) |
Laman web: www.rio.rj.gov.br |
Rio de Janeiro (IPA: Portugis: [??i.u d?i ?a?nej?u], "Sungai Januari", juga diringkaskan kepada Rio) merupakan bandar raya utama di tenggara Brazil dan ibu negeri Rio de Janeiro. Bandar ini pernah menjadi ibu negara Brazil (1763–1960) sebelum dipindahkan ke Brasilia. Ia juga pernah menjadi ibu kota Empayar Portugal (1808–1821).
Rio de Janeiro terkenal kerana perayaan Karnival, samba, pantai seperti Copacabana dan Ipanema dan juga jurang sosial yang besar. Di kawasan kejiranan orang miskin, jenayah keganasan dan pengedaran dadah sering berlaku. Di atas Gunung Bongkok terdapat patung gergasi Yesus yakni Kristus Penebus (Cristo Redentor). Di Gunung Gula Jantung pula terdapat kereta kabel. Rio juga mempunyai stadium terkenal di Maracan?. Hutan Tijuca yang terletak di dalam bandar raya ini merupakan hutan bandar yang terbesar di dunia.
Rio de Janeiro terletak pada 22 darjah, 54 minit latitud selatan, 43 darjah 14 minit longitud barat ( ). Jumlah penduduk bandar ini ialah 6,094,183 [3] (anggaran IBGE 2005), di kawasan seluas 1,182.3 kilometer persegi (456.5 bt2) [4], manakala jumlah penduduk metropolitan ialah 11 juta orang. Rio de Janeiro ialah bandar kedua terbesar di Brazil.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Brazilian cities CityMayors
- ^ Urban statistics 2006 CityMayors
- ^ 2005 population estimate Ibge
- ^ Area Ibge